Tuesday 12 May 2009

My Toy, My Joy

First nak tunjuk 2 gambar nih. Kalau sesape ada majalah impiana september 2008 bleh la tengok pemenang kategori laman. Ni lah rumah nya. Aku takde lah masuk rumah dia. Curik2 ambik gambar dari jalan jek.

Rumah ni kat kg kenangan dato' onn, dekat2 ngan tabung haji dan lhdn. Ni aku lalu short cut nak ke bukit pasir.

Tuan rumah ni kontraktor katanya.

Poyo jek. Saje nak tayang baju baru aku. Antek tak? Antek tak?

* Gambar removed kerana encik hairul tak mahu glemer*

Biler suami balik keje, aku pon paksa bergambar berdua. Kengkonon sedondon ler tuh.

Aku sukerrrrrrr bunga nih. Bunga pukol 10 katanya. Nak tengok dia kembang cuma pada hari minggu sebab kul 10am setiap hari aku takde di rumah.

Cepat gemuk pokok nih. Letak sebatang jek, minggu depan dah membiak2 dia.

Ada banyak kaler. Yang aku ada cuma kaler putih, oren dan merah.

Ni yang merah. Tengok tu, banyak putik2 nak kuar. Memang cantik bangat. Cuma tu lah, tak sempat nak tengok hari2.

Ok, sekarang aku nak mempersembahkan si putih gebu yang aku nanti2kan minggu lepas. Korang dah teka tak? Adakah dia...

Alolololo... comel nyer dier...

Miowwww... sejak biler aku jadik penyayang terhadap kucing nih? Musykil?

So, komfem bukan si kitten ini ler walau pon dia memang putih dan gebu. So, adakah dia ini???



Pergh! Tak boleh blah. Tah kete apa lah ni. Macam jentu jek. Takde dalam ingatan pon nak beli kete, apatah lagi kete putih. Gebu?

Kalau bukan kete, apa benda pulak? Takkan lah dia ni pulak?


Lappy putih? Pon bukannnnnnnnnnnn.

Hahaha takde maknanya. Dia yang aku maksudkan ialah...

Opsss salah pulak. Bukan budak kecit nih lor... Ni yang sebenar...

Ini lah dia yang aku maksudkan. Memang dia tak segebu si kitten dan seputih si delly. Tapi, dia tetap putih gebu di mataku huhuhu poyo giler.

Close up sket.

Lakonan sopan tuh... tak agak2...

Hasil pertama.

Yang berjaya aku jahit pada hari Ahad. Yeay! Yeay! Baju baru.

Cita2 aku nak mula menjahit secara komersial semula. Jadi, saper ada kain lebih2, tak tau nak anto jahit katne, boleh la aku 'tolong' jahitkan. Tapi 'tolong' bayar lah juga yek hehehe. Tapiiiiiiiiiiiiiii, bukan sekarang lorrr. Kasik aku siapkan baju aku dulu ek. Ada 5 pasang lagi lum potong tuh. Agak2 biler tuh? Hahaha anggap je lah aku ajak2 ayam ek huhuhu.

Tapi best gak kalau ambik upah jahit nih. Kurang2 leh tambah baju raya sepasang dua. Agak2 5 tahun bleh balik modal tak?

0 komen: