Wednesday 5 August 2009

Tips Mengelak H1N1 : Sambungan

Sebelum menyambung, biarlah aku kasik clear dulu. Kalau korang google pasal penyakit ni, dah tentu lah korang akan dapat maklumat lebih tepat. Seperti melalui laman web kementerian kesihatan, who dan sebagainya. Jadi, kenapa nak baca tips dari blog aku? Adakah aku seorang doktor yang begitu pakar dalam bidang influenza A (ada banyak huruf dan jenis lagi, tapi kalo aku sebut satu jenis je, nampak sikit kefokusan kepakaran tuh huhuhu)? Nehi, bu shi, no no no. BIG NO! Aku cuma mendengar taklimat ringkas daripada seorang doktor/pegawai kesihatan semalam. Bukan nak tunjuk pandai, bukan juga nak test power. Jawapan kepada soalan di atas ialah, aku tak guna ayat skema! Kalau aku, memang malas nak baca artikel2 ni. Tu yang biler ada taklimat tu aku suker je nak dengar. Kalo korang nak tau, sebelum ni aku tak baca pon berita ke haper pasal h1n1 tu, kecuali berita mangsa2 yang dah meninggal. Takat nak baca h tu apa, n tu aper, tak koser aku de... Hehehe sukati korang la, nak percaya atau tidak. Boleh fikir sendiri logik ke tidak kata2 ku ini. Sekarang ni aku takmo percaya sangat kat sotkabar ni sebab dah terbukti kan... Lagi pon, media mesti lah telah diarahkan supaya tidak menyebabkan panik. Mesti dia tunjukkan yang elok diantara yang tak elok tu kan. Atau yang paling kurang buruk antara yang buruk2 belaka tuh. Ini penting untuk membendung daripada wabak ni lagi merebak juga. Kalau sumer orang nak masuk wad, saper nak jadi driver bas sekolah? Contoh tak boleh blah! Ni pengaruh tengok 24 lah nih hihihi.

Tips keempat, kalau anak anda demam selesema, sila larang dia pergi sekolah. Pandai la cikgu dia nanti nak ganti kelas ke kelas intensif ke ke haper. Betul tau! Cikgu pon kena ambil peranan. Kalau budak tak sihat, halau dia balik. Wah! Kasar betul. Yes! Ini bukan main2 ok. Ada parent tu, tau anak dia sakit, tapi suh gak gi sekolah.

Mak saya cakap,"Jangan nak mengada2 tak nak pergi sekolah. Saper nak jaga? Mak nak keje."

Ewah! Ko punyer keje je ko tau ek.

Sebenarnya derang dah jangka dah, penyakit ni akan kena pada budak2 dan remaja dulu. Dan memang betul pun. Ini kerana gaya hidup remaja yang suka bersosial, bermain, berkumpul dengan rakan sebaya. Minum makan pon share sudu, share straw. Sambil2 shuffle tu kot tersembur air liur ke haper kan. Nyanyi2 karaoke jamban ke, pegang mic tu, kiter tak tau saper yang melalak sebelum tuh. Peluk2, pegang2 tangan, sumer tu memang caghe budak muda.Bukan kata orang dewasa tak peluk2, pegang2 tangan (hiks), tapi derang kan kalo jumpa member jenis huhahuha kan. Sebab tu virus benci itu cepat merebak di sekolah dan institusi pendidikan. Cumanya, remaja dan budak sekolah ni kan muda belia, so ketahanan badan tu kuat sikit. So, yang tua2 ni jugak la yang mati dulu. Kalau tak silap >90% daripada yang dirawat tu boleh sembuh.

Vaksin? Mana vaksin? Menurut doktor juga, dijangka, bulan oktober ni baru vaksin dia keluar. Kilang tu tengah buat kot. Tapi mungkin us la yang dapat dulu. Kiter ambik balance2 je. So, untuk musim haji tahun ini, tak tau la sempat ke tak dapat vaksin tu, atau pon derang guna vaksin sedia ada yang bukan khusus untuk h1n1 tuh, tapi still ok untuk pencegahan.

Saya nak pergi oversea lorrr. Dah booking tiket airasia e'awal lagi. Takkan nak cancel kot. Rugi lorrr. Kenapa nak pergi tuh? Kerja? Shopping? Sebaik2nya, tangguhkan dulu cuti2 tersebut. Kalau betul2 urgent, ok, pergi, tapi, tips kelima, ambil vaksin dulu. Memang tak jamin 100%, tapi kira macam first level encryption ler gitu. Takat meeting2 tu, terus ler balik, pakai mask ke haper. Indonesia lagi la tak digalakkan. Tak rugi der kalau terlepas visit indonesia 2009 tuh.

Okeh, next. Kiter pergi pulak ke kes kalau sudah dijangkiti demam selesema. Tak semestinya sumer demam selesema tu h1n1, dan tak semua h1n1 itu demam selesema. Eh? Maksud aku, tak semestinya kiter tak demam ni, kiter tak dijangkiti. Mungkin virus tu belum menyerang lagi. Dia baru masuk dalam badan je. Jadi, kiter takleh nak jangka. Kalau negeri johor ni, spital sultanah aminah ngan spital bp je yang wat keje2 h1n1 nih. Dalam beratus2 atau beribu2 yang diambil swap, mungkin sample anda tidak diuji. Kalau dalam satu institut tuh, katakan dia ambik sample 20 orang. Dia ambik 5 sample, 5-5 positif. Otomatik kiter leh kata 20-20 tu positif. Tapi, 20-20 ke kena masuk wad? Besar sangat la spital batu pahat tuh ek? Sebab tu dia suh kuarantin tuh. Walau pon jumlah yang kena tu banyak, tapi ia 'kelihatan' tak banyak biler kurang yang masuk wad. Jangan ingat, adanya virus h1n1 ni, virus denggi cabut lari, keracunan makanan tak berlaku. Penyakit lain still ada. Tanggungjawab kiter ialah tidak menyebarkannya kepada orang lain. Solat malas nau berjemaah. Penyakit nak pulak ko ajak berjemaah ek?

Berkenaan solat jumaat pon gitu. Cam tempat ak, bangla2 dari kilang berdekatan sumer solat kat surau kami. Kalau rasa orang sebelah tu demam selesema, cakap je, ane, u balik la solat zohor saja. u kasi bahaya sama ini orang edtec dalam. Ikut la nak cakap apa mengikut situasi masing2. Jangan anggap susahhhhhh ajer. Dalam keadaan begini, agama kiter ada kemudahan. Tanya la kat ustaz2 korang eh?

Jumpa lagi! Selamat errr apa la...

p/s dijangka juga, akan ada2nd wave yang lebih dahsyat. takutttttt...


2 komen:

alamanda said...

mekasih ler sebab sudi mengulas pasal mende ni. lega sket otak akak dengo. baca kat web kesihatain bagai tu buat takut jek lgi. nanti ko crite lg yek. teros kan kajian.

Anonymous said...

vaksin apparently an issue abroad as it was not tested. so unknown risks no one is aware of. the kes tu kat luar negeri banyak tapi cuma mereka tak nak buat kecoh.
kawan sasya demam panas dah 3 minggu .. on and off they gave her antibiotic. apparently the antibiotic not working. then she was really then she called her dr. the gomen support dr refused to allow her in the practise. even refused to deal with her. then she was asked to called flu line and she was asked questions based on questionnaire and finally the computer saiys no...
so she was suffering for a long time...