Saturday 22 August 2009

UTHM Episod 2


Masih ingat entry pasal nama timang-timangan uthm? Ada respon mengatakan, derang nak ada johor kat nama tuh. Maknanya, macam dia nak tukar nama terus la ek? Bukan nama panggilan jek? Ye lahhh sumer KU-KU yang jadi U, sumer guna nama negeri masing2. Melaka, Perlis, Pahang. Tetiba, ko sorang je mementingkan diri sendiri, taruk nama atok ko je dalam nama tu. Apa ke hey? Aku faham perasaan mereka. Jadi di sini, aku nak extend pencarian nama baru uthm buat kenang-kenangan ku. Entah2 dah tamat tarikh tutup permohonan kot. Tah2 derang dah pilih dah pon. Tapi aku tak tau lagi. Jadi, tiada unsur ciplak mahu pon ceplos di sini. Jom, cekidaut!

1. UTMJ - wah wah wah... kembang kuncup idung tuanku cancelor dengar nama nih ek. Suka lah tu, kiter ambik nama gelaran dia. Sekarang ok lah. Pasni kang, kalo dia dah jadik sultan, anak dia plak yang kembang kuncup. Terpaksa ganti anak dia plak jadik cancelor. Nyampah! Baik ambik nama Unasia jek. Ok aper...

2. UTOJO - Sekali dengar macam khir t0y0. Apa kes nak kasik nama bapak dia plak kan. Nyibuk jek. Nama ni pon macam ada unsur jawa di situ. Sesuai jugak la dengan kedudukan geografik nyer kan. Komfem bapak2 yang jawa pon senang nak nyebutnyer, anak aku belajo kat uthojho. Pekat makhraj nyer tuh. Tapi, rupa paras huruf2 ni ala2 buruk je aku tengok. Tak mencerminkan sebuah unversiti langsung. Banyak2 O ni aku bayangkan soto ayam jek. Eiii buruk la nama nih! Ko tergamak ke letak nama ni kat pintu gerbang kat depan tuh?

3. UTHON - Yang ni aku membayangkan pharmaton. Iklan dia salu kuar time bulan puasa cenggini, kan? Tapi bunyi nyer kena sengau tau. Alaaa macam korang sebut mara'ton' tuuu. Nama ni ambik nama penuh termasuk onn tuh sekali. Memang relevan. Eh, jap. Apa relevannya nama nih ngan johor? Entah? Patut ni masuk entry yang lepas kot.

4. UTHONJO - Hihi macam jin toncet pulak aku rasa bunyik nyer. Ada ciri2 dasar pandang ke timur pon iyer jugak. Macam nippon go gitu. Tapi pasni mesti orang percaya betul bahawa memang professor shirota tu keje kat sini. Pastu, boleh la derang sponsor minuman tuh kat staf sumer. Musti sumer beri' lawasss jek.

5. UNIJOHOR - Nama ni terang2an nampak negeri johor. Tapi tak berapa nak macam universiti nasional pulak. Macam nama kolej2 swasta jek kot. Pastu, tah mana hilang nama perdana menteri ke (keluarkan jari, nak kira) 3 tuh. Tak sehsuai kot.

6. UTUJOH - Kalau taruk nama ni, kena la pulak derang cari relevannya nombor 7 kepada uni tersebut. Kot boleh buat replika 7 keajaiban di dunia ker. Eh, kat ayer hitam kan dah ada tropical errr apa ke namanya tu. Taman yang ada replika2 tuh. Angkut ler masuk ito hiikhik. Takde kojer ke haper? Tak pun, mungkin ada 7 fakulti ker. Buat menara berkembar tiga 7 tingkat ker. Eh, kalau 7 tingkat leh nama menara ker? Ah, sukati la. Atau sesiapa yang ada anak 7, boleh diberi insentif khas rm100 sebulan ker. Insentif Khas Tujoh namanya. Tah pape. Kalau aku, memang suka nombor 7. Lucky number!

7. UTOHOR - Kalau air tohor tu maknanya apa ek? Cetek ker? Kalau betul, boleh la jugak kita kasik nama ni sempena memperingati peristiwa banjir tempohari.

8. UTMS - Ada orang suh kasik nama universiti teknologi malaysia selatan. Dulu, masa uitm nak tukar nama, ada gak desas desus mempertkaikan kehampiran bunyi nyer dengan utm. Usah dengar kata orang. Buat ajerrr. Ni kira kombinasi ums ngan utm la.

9. UITTHO - Nak senang, kasik je nama ni. Macam uitm jugak, tambah u je kat depan. Masih ada bunyik ito lagi. Buang K je dari dari nama dulu. Tapi kalo nak johor jugak dalam, lu pikey la sendiri! Tak kosser der aku nak pikir. Ko ingat aku dah takde keje lain? Eh, saper suh aku pikir ek? Ah, tak kira, derang yang anto email kat staf sumer, suh kasi cadangan bagai. Staf tu suami aku, jadi, aku terlibat sama la. Tak pepasal aku takleh tido malam memikirkan nama2 nih tau.

Okeh, setakat ni je la kot yang mampu aku sumbangkan. Kasi chance orang lain pulak ler.


0 komen: