Wednesday 5 May 2010

Ke Arah Hidup Bersyariat : RIBA Bab I

*Ini bukan entry copy paste yea.

Alahaiii. Dah masuk 2 tahun aku dok standby, asik la tak jadi. Tahun 2008, orang yang sepatutnya kena tu, gi kursus ke haper tah. So, aku la yang kena ganti. Tiba masa, tukar tarikh pulak. Dan kebetulan aku dah mintak cuti pada tarikh tu. So, tak jadi. Tahun lepas, dapat kb baru. So, jatuh kat dia la pulak giliran tu. Tahun ni, kb siap suh dia pilih tarikh yang dia free. Maka, selasa lepas lah tarikhnya.

Minggu sebelum tu, dia pergi camping. Balik2, terus suspek malaria ke denggi tah. Terus mc seminggu. Lalu, sekali lagi aku kena standby. Takut2 dia masih mc pada tarikh tersebut. Masuk hari isnin, dia dah datang. Fuh! Lega. Tapi, kb suh standby je. Kut2 dia tak prepare apa2. Tiba2, tarikh tukar ke rabu pula. Aku dah nak print kertas program, dia bagitau, 'aku rasa aku nak la'. Ok. Maka, sekali lagi, aku terlepas. Sebenarnya aku dah semangat giler nak berkongsi ilmu nih. Last2, tak tersampai2. Jadi, aku nak share kat sini je lah. Kang nak tunggu turn tahun depan, lama lagi la pulak. Mari kita sama2 mempelajari sesuatu di sini.

RIBA

Apa yang anda faham dengan riba? Interest? Bunga? Asal kata buat loan je, kena bayar sekian percent, tu kira riba la. Ya, betul lah tu. Memang interest tu riba. Tapi, bukan sekadar itu. Persoalan tentang riba ni agak sensitif dan sedar atau tidak, kita sedang melakukannya. Dan takde orang yang akan berani cakap kat kawan nya, eh, kau ni makan riba. Nak kena pelangkung? Walau bagaimana pun, ramai yang tak malu atau takut pun melakukan riba. Siap boleh compare2 lagi. Ko punya loan, berapa interest? Kononnya, kalau rendah tu macam terbaik la. Hebat dalam membuat pilihan dan keputusan. Padahal, kecil atau besar interest, riba tetap lah riba. Kurang kah dosa kalau interest rendah? Wallahualam. Bukan kuasaku untuk memberi hukuman.

Kenapa di kalangan rakyat malaysia, kurang memperkatakan tentang riba? Kalau dengar ceramah ke, forum perdana ke, kuliah ke, jarang2 dibangkitkan isu ini. Dan, semacam tiada undang2 yang boleh mendakwa sesiapa yang melakukan riba. Ada kita dengar orang didakwa kerana mengambil loan konvensional di bank xxxx? Takde, kan? Tapi, cuba kalau rasuah, makanan halal, kecoh satu malaya. Padahal, dosa riba tak kurang besarnya. Malah, termasuk dalam 7 dosa2 besar. Eh, betul tak ni ustaz? Kang jadi ajaran sesat pulak huhuhu. Apa2 pun, rujuk ustaz masing2 ye. Aku cuma kasik surface jek.

Kalau kat malaysia nih, ada sorang ustaz yang nampaknya beriya2 benar nak memerangi riba nih. Tapi, ye lah. Dia sorang2 je, susah la sikit orang nak dengar. Karang tutup pulak semua bank kat malaysia ni. Bukan ustaz lain takde, tapi, yang sorang ni nampak berani ke depan. Kalau dia takde, aku pun tak berani nak menulis ni. Sebab aku merujuk kepada buku beliau jua.

Tapi, kenapa tak ramai ilmuwan Islam yang membincangkan isu ini secara terbuka? Menurut Riwayat al-Bukhari, Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, ertinya:

Tiga perkara yang amat aku harapkan agar Rasulullah SAW sempat bersama kami sehingga kami jelas mengenainya ialah :

1. Hal kedudukan datuk (dalam waris).
2. Kalalah (waris yang tiada anak atau ibu bapa ) - menarik juga topik ni - 'lompat parit' ke haper orang kiter panggil. Lenkali la kiter citer ek. *pembetulan - sebenarnya bukan lompat parit, tapi patah titi. kehkehkeh mentang2 duk kat parit, semua benda nak di paritkan.
3. Bab-bab berkaitan riba.

Ini kerana, ayat2 al-Quran yang berkaitan riba ni diturunkan antara yang terlast sekali. Dan Baginda mangkat sebelum para sohabat betul2 faham mengenainya. Kalau dah sohabat pun tak berapa nak faham, macamana pulak dengan ulamak2 masa kini? Memang mereka mengkaji, tetapi, tajuk ni memang antara yang tersusah sekali. Ye lah, macam2 isu dalam bab mu'amalat (aku dah tertaip munakahat tadi hihihi) zaman sekarang yang takde pada zaman dulu. Jadi, kajian masih berjalan.

Abis tu, aku takut lah nak berjual beli. Karang termakan riba pula.

Jangan macam tu. Secara defaultnya, bisnes ni hukumnya harus, selagi tidak diberitahu sebagai haram. Macam kita ambik exam jugak. Anda dilarang membuka kertas soalan ini sehingga diberitahu. Jadi, dalam buku yang aku baca tu, dia cuma mengupas tentang yang haram sahaja. Selain daripada tu, kira harus aka halal la gitu.

Baik lah. Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, baik lah aku tulis mengenai hukuman riba. Sebelum tau pasal riba, kena lah kasi gerun dulu. Kalau tadi, aku katakan yang takde hukuman dari sudut undang2, sudah tentu ada hukuman dari Allah swt di akhirat kelak. Kalau tak, kenapa diharamkan?

Yang pertama, pemakan dan pemberi riba perangi Allah swt dan Rasulullah saw. Umpamanya kalau beli kete dengan riba tu, serupa la macam beli kereta kebal nak berperang dengan Allah swt dan Rasulullah saw. Ada berani?

Yang kedua, seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. Dalam hadis riwayat At-Tabrani, 7/158, Al-Hakim, maksudnya,

Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.
Yang ketiga, lebih berat daripada 36 kali berzina. Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni, ertinya,

Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.

Yang keempat, salah satu daripada 7 dosa besar. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ertinya,

Jauhi lah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci berzina.

Yang kelima, kehilangan berkat harta dan kehidupan. Kehilangan berkat ni kita boleh rasai semasa di dunia lagi. Antara hukuman di dunia ialah

1. harta mudah hilang atau habis tanpa dirasai.
2. harta itu mendorongnya melakukan pelbagai aktiviti tidak berfaedah dan dosa.
3. merasa fakir atau miskin walau pun ia mempunyai wang yang banyak.
4. mendorong pemilik harta melakukan maksiat, perkara fasik dan hina.
5. ditimpa ujian harta yang banyak seperti dirompak, curi dan khianat.

Sementara hukuman di akhirat pula ialah tidak diterima daripada pemakan riba itu (yang menggunakan harta riba itu), sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudarannya.

Ok, dah menguap2 nampaknya. Kiter bertemu lagi selepas commercial break. Jangan ke mana-mana.

p/s selepas ini, definisi dan jenis2 riba serta riba dalam konteks semasa.

0 komen: